Saturday, February 28, 2009

Najib Sah kan Zambry Tidak Sah~ref MB Sah Nizar

Rujukan dari Utusan barangkali atas nasihat QC Queen Control.

KUANTAN 28 Feb. – Najib menegaskan DUN Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.

TPM berkata, dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan.

“Keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN negeri itu tidak sah, perkara ini perlu diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu,” katanya.

____________perunding.

Baru nak mengaku.
Betul lah kata semua orang Zambry tu memang tak sah sebagai MB.
Betul lah kata semua orang Nizar tu MB yang SAH.

Speaker Perak diHalang Panggil Sidang Tergempar!!~ref MB Sah Nizar

Speaker Perak Sivakumar telah mengeluarkan notis untuk mengadakan Sidang Dewan Tergempar Selasa ini.
Namun Berita melaporkan telah ada usaha menghalang notis itu dari diedarkan kepada semua Adun.

IPOH: Krisis perlembagaan di Perak terus berlarutan apabila sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipanggil Speaker dari Pakatan Rakyat, V Sivakumar, Selasa ini, dikatakan dihalang oleh Penasihat Undang-Undang negeri. Notis pemberitahuan bagi mengadakan sidang tergempar itu sudah dihantar kepada Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, tetapi Sivakumar mendakwa beliau dimaklumkan Penasihat Undang-Undang negeri tidak membenarkan notis itu diedarkan. Pada sidang media di pejabatnya di sini semalam, Sivakumar menyifatkan tindakan Penasihat Undang-Undang negeri mencampuri bidang kuasa Speaker sebagai pencabulan dan pertindihan kuasa antara eksekutif dan legislatif.

Sementara itu, exco kanan Perak bawah kerajaan Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh Koo Ham dilaporkan berkata penasihat undang-undang negeri Dato' Ahmad Kamal Mohd Shahid cuba menghalang notis sidang tergempar itu dikeluarkan.
Tindakan sedemikian boleh disifatkan menghina dewan dan boleh dikenakan tindakan oleh DUN tersebut.

Ekonomi jatuh,KDNK jatuh, Bukit Gantang,Selambau,Batang Ai, Bye Bye Elections untuk Umno Bn


KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar.
GDP Gross Domestic Production.
Mengira keseluruhan perbelanjaan kerajaan,swata,pengguna dan pelaburan ekonomi.
Kadar itu dapat dimengertikan kenaikan atau penurunan ekonomi.
Graf di atas menunjukkan kenaikan sekejap sehingga suku pertama 2008, kemudiam terus merudum ke paras terendah 0.1 atau hampir 0%.
Bermakna ekonomi sedang stagnant, tak bergerak.
Bermakna sedang menurun sebanyak 7% dalam masa setahun ke belakang ini.
7% setahun turun bermakna, gaji menurun 7%, pendapatan turun 7%, perbelanjaan turun 7%, pelaburan turun 7 %.
Tetapi harga tidak semestinya turun 7%!!!
Kerana harga diukur oleh kadar inflasi.
Kadar inflasi diukur oleh se'bakul' barang pilihan.
Tol pun hampir naik 33%.
Gila Tolol.
Apakah pilihanraya kecil di Bt Selambau, Bt Gantang dan Batang Ai akan jadi bye bye elections untuk Umno Bn dan segala sekutu policy maker??
Turunkan undi Umno Bn sebanyak 7%?? atau lebih.
Rayat perlu faham ekonomi, pengurusan air, pengurusan tenaga elektrik, pengurusan lebuhraya berTol bukan berTurap.
Policy Maker sudah menjadi penyangak Ekonomi dan penyangak Korporat juga!!
Rakyat harus awas dan berhati hati.

Pas Offers Draw to Umno Bn, Nizar Checkmates Umno Perak!!

Di Perak, PR melalui kerajaan negeri Perak PR dengan pemain utama Nizar dan Sivakumar terus menerus membuat check dalam istilah catur ke atas Umno dengan pemain utamanya Zambry.
Memerhatikan kedudukan buah dan position, Umno Perak dan Zambry sudah hampir tersepit dan kemungkinan besar akan kena check mate!!
Move terkini ialah Sidang Dun Tergempar 3 Mac Selasa ini.
Umno Bn Perak melalui pemainnya Zambry mempunyai 3 hari sahaja untuk memikirkan langkah seterusnya.

Manakala di Peringkat Pusat, PR melalui pasukan Pas diketuai pemain utamanya Haji Hadi sedang menawarkan DRAW kepada Umno Bn yang diwakili oleh dua pemain utama yang berlawanan iaitu PM dan DPM.

Di dalam pertandingan catur peringkat tinggi, kena checkmate adalah sangat memalukan, malah tidak pernah berlaku barangkali, kerana sebelum berlaku checkmate.
1. Pemain yang sedang advantage tetapi risiko kalah ada, peluang menang sedikit jauh, akan menawarkan DRAW!
Draw akan memberikan seri kepada kedua pihak dan berkongsi mata 1/2.
Langkah ini selamat.
Dan sambung perlawanan dalam game seterusnya.
2. Resign!
Pemain yang merasakan akan kalah kerana kedudukan buah dan position lemah akan mengaku kalah . Resign. Langkah terhormat.

Sekarang Pas menawarkan DRAW kepada Umno BN , supaya boleh menumpukan kepada agenda penting lain sehingga bertemu lagi dalam perlawanan dalam pusingan selanjutnya PRU13.
Nampaknya Umno Bn tak endah, tak berkenan, pandang lekeh.

Maka cadangan lain buat meno dari saya.
1. Masuk Pas.
2. Masuk PR.

Muntah meno dengar,

Perkembangan Terkini dan Terpenting Mb Nizar Perak!!

1 Mac 2009
Di Subang Jaya 1 Ir Nizar bersama Tok Guru Nik Aziz,
akan bersama ceramah dan penerangan isu semasa terutama isu Perak,
pilihanraya kecil terutama Bukit Gantang, Perak.
Maklumat lanjut boleh didapati di sanggahtoksago.blogspot.

3 Mac Sidang Dun Tergempar sudah dipanggil oleh speaker dewan.

The emergency sitting is to vote on two motions:
to affirm support for Nizar as the MB and to seek a dissolution of the state assembly,
paving the way for fresh polls.

Sidang Tergempar untuk undi 2 usul penting:
1. Undi percaya kepada MB Nizar
2. Bubar Dun untuk memboleh pilihanraya semula.

Video penerangan khas oleh Nizar mengenai isu Perak.
Video pengumuman mengenai sidang Dun tergempar.
Video Karpal menghentam Kj.

Boleh didapati di nikhassanazmi.blogspot.

rujukan umum Malaysiakini.

Friday, February 27, 2009

Apa Karpal kata , Pemuda Umno naik Gila??~ref Malaysiakini

Cuba orang muda Pemuda Umno fikir 2 saat sekejap.
Apa yang Karpal kata??
Celaka ?? Celaka siapa??
Tuduh orang muda hantar 2 biji peluru??

Setakat tu je...
Bukan dia kata kau orang hantar 2 biji 'peluru' kote kau orang tu pun.
Dia tuduh, balaslah dengan bukti ke, nafi ke,..
Tuduhan tak logik gitu pun orang muda Umno naik angin.

Ari tu Karpal Singh tentang Hudud kau orang sedap je menambah, menyengih...
Tu kan pasal agama kau orang..
Apasal tak naik angin..???

Cuba rasional sikit..
Realistic sikit apa yang kau orang nak perjuang dan kempen.
Betul2 buang karan dan tak berbaloi.

7 Gambar2 Ahli Tinju Parlimen~ref Malaysiakini































Ahli tinju ada.
Pengadil ada.
Penjaga gelanggang ada.
__________________manakala di Malaysia baru baru ini.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh berkata, tahap keselamatan di Parlimen diperketatkan berikutan insiden pergaduhan ."Apa yang berlaku adalah sesuatu yang tragis dan tidak patut berlaku di Parlimen tetapi disebabkan kebodohan kumpulan tertentu, sekatan terpaksa dikenakan terhadap sesiapa yang ingin memasuki kawasan Parlimen,"
Kumpulan tertentu tu tak silap saya dipanggil Pemuda Umno.
_____________________beberapa lama dahulu.
Sekumpulan MPs dihantar ke Taiwan untuk mendalami teknologi tinju terkini.

Thursday, February 26, 2009

TOL,Menteri Jalanraya kata Naik, PM tengah Jalan kata Turun~ref Malaysiakini

Menteri Jalanraya umumkan tol akan naik.
PM tengah jalan kat Thailand kata kita bincang semula.
Pelik.
Macam mana cara kerajaan dalam buat polisi besar yang melibatkan susah senang rakyat.
Takde bincang dulu ke, mensyuarat dulu ke.

Biar saya buat spekulasi.
1. Menteri ikut cakap Bos Menteri X, kata naikkan.
Datang Bos Menteri Y, jangan naikkan.

2. Ikut movie hindustan.
Hero nak takle awek, upah samseng kacau awek, jam tu hero datang tolong.
Analogi nya, PakLah suruh menteri umum naik, lepas tu keluar jadi hero buat arahan, kaji semula, kita kena fikir rakyat.
Maknanya suruh naik tu dah dirancang, berlakon je.

Teringat satu joke hambaAllah ni.
Saya pegi Siam (Thailand) ada jumpa manyak Sami (sami budha) jalan kaki ayam.
Tapi saya tarak jumpa satu pun tol.
Saya jalan Malaysia, saya jumpa satu jugak Samy.(Samy Velu Menteri Jalanraya dulu),
Tapi ada manyak jugak TOL.

___________________asal usul tol.
bila nak buat lebuhraya kos mungkin menjangkau rm3billion katakan.
Jika kerajaan buat guna duit kerajaan(yakni duit rakyat), sayang, boleh guna untuk perkara lain.
Jadi swastakan, pemegang konsesi mencari modal sendiri dengan jaminan kerajaan.(dapat rate murah)
Swasta dapat pulangan modal dan keuntungan melalui kutipan tol untuk tempoh konsesi selalunya 25tahun atau 30 tahun.
Kat mana it goes wrong?
Tamak!!Haloba!!Kroni!!Saudara!!Saudari!!IparDuai!!
Bayangkan Plus kutip lebih dari RM1 billion setahun collections dan juga keuntungan.
Selepas 10 tahun mustahil belum pulang modal dan untung.
Bisnes hulur tangan, orang bagi duit.
Bisnes sure untung.
Kereta baru meningkat 500,000 setiap tahun.
Kadar tol wajib naik selepas 3 tahun atau tahun tertentu atau sebab tertentu.
Tak dapat naik, guaranti pampasan 'kera' bagi.
Mana mungkin rugi.
Kos baiki jalan, maintainance sepangjang jalan, billboard iklan semua depa pulun sekali.
Kenapa penjanjian konsesi sentiasa menjadi senjata sulit!!
Hangpa pi cek, semua syarikat konsesi lebuhraya tu sapa punya.
contoh MTD dipunyai Dewina, Dewina sapa punya norr??

SPRM Derhaka Sultan Selangor!!!!~ref Malaysiakini

Tiada bantahan guna kereta peribadi untuk kegunaan untuk urusan rasmi.
Korban lembu adalah satu kebajikan.
Titah Baginda Sultan Selangor.

Menurut Khalid, baginda Sultan Selangor tidak mempunyai halangan dan membantah penggunaan kenderaan peribadi sebagai kenderaan rasmi asalkan segala prosedur undang-undang dipatuhi.
"Tuanku Sultan Selangor telah menyatakan pendirian untuk tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur dipatuhi.
"Berkenaan isu derma lembu korban pula,Tuanku Sultan tiadak ada apa-apa halangan terhadap usaha sedekah,malah menggalakkan segala usaha kebajikan ini diteruskan dan dipanjangkan kepada kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak,"jelas Khalid dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily lewat malam tadi.

Berani SPRM derhaka dan melawan Sultan Selangor.???

Game 1, Eli Wong ,PR Menang~ref Malaysiakini

Round 1 gambar Eli terdedah didedah.
Eli malu, Pkr celaru, PR terkedu.
Serangan Umno Bn terburu buru.

Langkah seterusnya,
Report polis-langkah bijak.
Eli tawar sudi letak jawatan, simpati semua datang bertalu talu.
Pkr bagi Eli cuti dulu-langkah bijak.
MB Khalid rujuk Istana-langkah bijak.

Istana berkecuali-langkah paling bijak.
Istana sedih dan simpati-langkah semua setuju.
MB bagi tambah Eli cuti lagi-langkah bijak.
Pilihanraya kecil tunggu dulu-langkah selamat.
Polis tak jumpa Hilmi-langkah dungu.
Umno Bn dah mati kutu.

PR menang lagi dalam game ini.
Game 2-MB Khalid vs SPRM lembu.

Tol Diskaun Malam, Naik Siang Malam~ref Malaysiakini

Tahniah!
Hadiah untuk rakyat.
Hampir semua tol yang penting naik 5% 1 Mac2009 ini.

Ari tu bagi diskaun kalau jalan 12 malam sampai 6 pagi.
Bila naik tak kira waktu.
Banyak pulak tol yang terlibat.
Diskaun tu rasanya setakat Plus je.

Yang tol Sungai Besi tu dihapuskan.
Tol Sungai Besi sebelah Salak Selatan, bukan Pekan Sungai Besi , bukan juga Sungai Besi berdekatan Serdang.
Tol tu dekat kawasan siapa? Umno Bn awak jadi boneka siapa?
Orang KL dan Selangor kawasan tu tak kan tak tau itu kawasan penduduk kaum apa.

Wednesday, February 25, 2009

Bogelkan Khir Toyo! Rasuah Ini~ref Malaysiakini

Berapakah nilai dalam ringgit, 20 rasuah melibatkan Khir Toyo!??

Jawapan.
rm1 billion!!!

Selain itu.
Pemberian bonus rm100ribu oleh anak Syarikat Negeri.
Penyalahgunaan kebebasan Syarikat Negeri, Pengerusinya adalah Khir Toyo!,
membelanjakan rm150,000 untuk hadiah jam tangan.
Membeli hartanah menggunakan pelaburan syarikat Negeri di Arab Saudi di bawah namanya sendiri, Khir Toyo!.
Apa nak tipu Osama Laden ke??
Nilainya lebih rm8juta untuk 5 unit.
Mewah mewah.
Beli rumah nilai rm8 juta, letak nama sendiri, pakai duit kerajaan negeri.
Lepas tu setakat cakap mulut ini untuk syarikat kerajaan negeri.!!!
Tak masuk akal!!!
Lepas ada lagi transaksi rm17juta pusing sana pusing sini.

Aku dah reti nk kata lagi.
Bogelkan mahkluk ni dan periksa setiap inci rasuah yang dilakukan.
Kemudian humban je makhluk macam ni ke dalam perigi.

Ketua Pemuda Pas Debat BAKAL Ketua Pemuda Umno~ref Malaysiakini

Ketua Pemuda Pas Debat BAKAL Ketua Pemuda Umno

Tajuk yang akan diperdebatkan ialah PPSMI.
Nak ajar dengan bahasa apa nanti pelajaran anak anak kita.
Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Arab, Melayu.
Bantai lah kau orang.

Cari hujah yang membawa kepada hasil yang baik untuk rakyat.
Guna semangat kau orang muda untuk memperjuangkan harapan rakyat.
Guna kebijaksanaan otak orang muda hangpa berdua untuk membuktikan kepada Policy Maker bahasa apa yang terbaik untuk digunapakai untuk kebaikan pembelajaran anak bangsa.
Sampaikan mesej kepada Policy Maker apa yang rakyat Malaysia mahukan.

SPR,Kenapa 4Mac,Mari Meneka!!~ref Malaysiakini

Masih 8 hari untuk mereka berfikir.
Siapa berfikir?
SPR?
Apa perlu SPR fikir, depa cuma perlu meeting je.

Satu lagi geng la, Umno Bn la.Terus terang kan lagi senang faham.

Apa perlu mereka fikir.?
Saya meneka mereka akan lakukan beberapa hari sebelum 7 April2009.

Kenapa?

Odd (peluang/kebarangkalian) untuk menang ada sedikit lebih berbanding PRK 2 Bt.
Dengan assumption (anggapan) Sarawak tidak terlibat dengan semua kemelut politik terkini.
Lagipun Batang Ai melibatkan juga kawasan pendalaman.
Satu lagi lagi majoriti Pru lepas 806 undi adalah mewakili 10% pengundi.
Pengundi berdaftar lebih kurang 7000+.(saya update kemudian)
Contoh PRK P36 majoriti 2600 out of 80,000 pengundi.Peratus majoriti hanya 3%.
Dengan kemenangan di sini Umno Bn mengharapkan momentum itu dieksport ke 2 Bukit.

Dengan itu saya meneka 'SPR' akan mengumumkan Prk Batang Ai diadakan pada 4 April 2009.

_________

Apa apa pun saya yakin PRS tu akan berkubur juga ditangan PKR Sarawak.
(update menyusul.)

Istana Sedih, Simpati, BerKecuali Sangat diHormati~ref Malaysiakini

Keputusan pihak Istana Selangor amat dihormati.

Sedih dan bersimpati menunjukkan Baginda faham Eli Wong ialah mangsa di sini yang teranaiya.

Berkecuali dan menyerahkan kepada perkiraan MB menunjukkan Baginda tidak menghukum sesuatu yang belum diputuskan oleh mahkamah.

Pihak polis harus segera bertindak mendapatkan the culprit/s dalam episod ini.

Cakap Terus Terang, Mana Hilmi??Pekan??~ref Malaysiakini

Hilmi kat mana??
Kat Pekan Bandung ke??
Kat Pekan Pahang???
Jangan main main.

Lembu dah jadi korban, kena makan, keluar dah proses jadi tutttttttt pun kau orang pandai suruh SPRM cari bukti kukuh.

“Soal Hilmi...polis boleh bersabar dahulu. Kita percaya dia masih berada di Malaysia. Malah, keluarga Hilmi juga belum kita panggil untuk memberi keterangan."
petikan myMetro.

Hai Hassan Ali..Apa ni...??~ref Malaysiakini

Kenyataan media Pas Selangor mengenai kes dakwaan MB Selangor.
Kenyataannya panjang, cuma saya amik yang hujung je.

e) Seandainya kes ini membawa kepada pertuduhan di mahkamah, atas dasar untuk menjulang kewibawaan pentadbiran negeri dan kestabilan politik dikalangan anggota komponen, adalah wajar bagi Tan Sri Khalid mengambil langkah-langkah yang difikirkan munasabah demi menjaga imej kerajaan negeri disamping tidak menganggu proses perjalanan undang-undang.

Hai ni bahasa kiasan ke, bahasa kilasan ni.
Orang politik akan kata saya pertahankan MB mati-matian.
Orang motivasi akan kata saya fikir positif dan tak fikir 'kalau-kalau' negatif.
Apa yang di'kenen'kan tu , saya tak kenan.

Lega dengar TG Haji Hadi.
Party president Datuk Seri Hadi Awang told The Malaysian Insider that the party would not jeopardise its cooperation with other Pakatan Rakyat parties.

“We will continue to foster a close relationship within Pakatan Rakyat.

We defend our menteri besar, the cooperation will continue,”
The Marang MP said that policy decisions on PR cooperation could only be made by the Islamist party’s central leadership.

“In this case we are more concern with the way authorities are handling the case,” said Hadi, referring to the Malaysian Anti Corruption Commission chief Datuk Seri Ahmad Said Hamdan’s remarks that it had strong evidence against Khalid.


He added that the party is comfortable with the current arrangement within the PR, saying that running coalition governments is different from ruling Kelantan.
“If we cannot get everything, we must not lose all,” said Hadi.

Kekal berpakatan lebih menguntungkan.

Tuesday, February 24, 2009

Petunjuk Dun Perak Bubar~ref Malaysiakini

Tindakan memastikan PakLah berhenti.

1.Pemilihan Parti Umno tetap diadakan Mac, tiada penangguhan.
2.Ucapan pembukaan Agong menyebut peralihan kuasa.
3.Semua Prk diadakan selepas 31Mac-mengelak alasan sibuk.
4.Penangguhan Konvension BN yang dijadual Mac ke April-mengelak daripada mempengaruhi pemimpin komponen BN.

Petunjuk Dun Perak dibubarkan.

1. Penggantungan Zambry dan Exconya sah.
2. Speaker telah menyatakan tarikh bersidang April.
3. Nasihat QC dijangka cenderung kepada tindakan PR adalah sah.
4. Satu satu jalan untuk PakLah buat situasi sibuk dari hujung Mac hingga pertengahan April.

Pembubaran Dun akan menghidupkan kembali alasan keperluan kepada PakLah untuk stay sekurang kurangnya sebagai Menteri Kanan.

p/s hal Perak telah diambilalih sepenuh oleh PakLah dari Najib.
Itulah turning point nya.

Keputusan Gantung Zambry dan 6 Ekornya adalah Sah~ref Malaysiakini

Polis telah mengarahkan semua siasatan terhadap pengantungan Menteri Besar BN Zambry Kadir dan enam exconya dihentikan serta-merta setelah lebih dua jam menjalankan siasatan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar.

Maknanya dalam bahasa Malaysia mudah faham, Hukuman Gantung Zambry dan 6 Exconya tu oleh Speaker Dun Perak adalah sah, halal dan tidak menyalahi sebarang undang undang Malaysia.
Maknanya sah lah kena gantung dari menghadiri sidang dewan.

Yang pelik sikit ari ni Zambry tambah kata dia tak suruh legal team dia pergi Londong jumpa Queen's Counsel.Pulak dah.
PakLah yang suruh tu.
Zambry kau ikut kata PakLah ke Najib.
Dia kata legal team dia tu yang buat memandai.
Saya suruh legal team tu pergi Pekang, jumpa Queen Control, tambahnya cuba mengelak.

Pergi je London tu, aku confirm dia orang (QC) pung kata kau orang Haram ja dah.

Undang2 kata kau orang tak sah.
Polis kata speaker tak salah dan arahan dia sah.
QC pun jamin kata kau orang tak sah.
Speaker dah panggil untuk bersidang.
Apa lagi.

Ini ke Kerja Syarikat Kerajaan Negeri Rakyat Selangor~ref Malaysiakini

Ari tu ada berita bagi bonus rm100,000.00 kepada Khir Toyo.
Mamat tu sapu.(kaki penyapu)
Ari ni ada berita bagi jam rm159,250.00 kepada Khir Toyo.
Mamat tu say i tak mau.

MB Khalid dilaporkan mengarahkan 2 pegawai tinggi PNSB bercuti untuk memudahkan siasatan.
PNSB, Permodalan Negeri Selangor Berhad, sebuah syarikat kepunyaan Kerajaan Negeri Rakyat Selangor.

Satu nama Datin Khairiyah Abu Hassan (CEO) Ketua pegawai Eksekutif, bos paling besar la tu.
Nama Abu Hassan tu macam familar je.
Satu lagi nama Pengurus Kewangan, Nora Azmin Radzuan.
Nama Radzuan macam familar je.Adik Mat Taib ke apa??
Apa apa pun tu nama ketua puteri Umno Selangor kan??

Apa dia orang kata !!
Jam tu harga sebenar RM235,600.00!!
Kami dapat diskaun 32%!!
Itu adalah hadiah penghargaan buat balasan sumbangan Khir Toyo!!
Kami untung tahun tu rm10juta!!
Jam itu dibeli tanpa APPROVAL lembaga pengarah PNSB!!!!!!!!!!!!
Perbelanjaaan itu dicatit sebagai SUNDRY EXPENSES!!!!!!!!!
Makna perbelanjaan RUNCIT!!!!!!!!
Macam catit bila beli Nescafee untuk belanja pantry (dapur) pejabat!!!!
Bengong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ini kah kerajaan Umno yang rakyat Selangor mahukan untuk memerintah Negeri Selangor.???
Inikah MB Selangor KHIR TOYO yang rakyat Selangor mahukan????
Inikah Khir Toyo yang orang UMNO nak jadikan Ketua PEMUDA????????????????????????

Orang Umno Kalah Ketua Bahagian, Gelap Dunia~ref Malaysiakini

Itulah politik orang Umno, Ketua Bahagian lebih bernilai dari menjadi seorang Adun.
Kenapa ekk??
Rakyat dah tau kot.
Ke orang politik je tau.
Ceritalah kat rakyat siapa yang dah tau sebabnya.
Rasanya sebabnya Ketua Bahagian boleh bikin lagi banyak duit.
Bukti, cara?? tanya orang politiklah.

Contoh kisah dunia dah hancur dan gelap gelita bila kalah bertanding jawatan Ketua Bahagian.

1.Kontroversi: Gempar, Misteri Kehilangan Wakil Rakyat Berulang Kembali, Kini ADUN Paka Pula Didapati Telah Hilang Dan Pejabat DUN Ditutup .
Petikan PahangDaily.
...YB Paka sedang berehat dan menenangkan fikiran beliau akibat kalah dalam pemilihan UMNO Bahagian beberapa bulan yang lalu.
Beliau kini dipercayai menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan baru beliau - menternak ikan di satu lokasi di Dungun.

2. PERGESERAN!!! Apa sudah jadi dengan UMNO Labuan????
Petikan Chilliriver.blogspot.
Pertandingan merebut jawatan ketua UMNO Bahagian antara Dato' Haji Suhaili Abdul Rahman dengan YB Datuk Haji Yussof Haji Mahal.
Dato Hji Suhaili Abdul Rahman telah menang.
YB Datuk Haji Yussof kalah dan tidak langsung dilantik ke mana-mana jawatan dibahagian.
Selepas beberapa bulan pergeseran nampaknya masih belum reda, bahkan menjadi semakin serius dan kritikal.

3. Contoh paling klasik, Abang Bota kita.

MCA, Air tenang Ada Buaya~ref Malaysiakini

Ingatkan dah tenang parti MCA selepas pemilihan parti mereka.
Rasanya memang takde dengar apa apa yang hangat.

Cerita terbaru agak mengejutkan.
Disangka air yang tenang takde merbahaya.
Rupanya bermula dengan berita satu pihak bercadang untuk buat EGM.
Nak buat undi tak percaya kat Boss agaknya.

Segera dibalas oleh satu pihak lagi.
Maka timbullah tajuk berita sensasi lama jadi baru seperti ,

"Timbalan Presiden MCA itu berkata beliau yakin wujud usaha sesetengah pihak untuk mengedarkan semula DVD seksnya untuk terus memburuk-burukkannya serta mengugutnya supaya 'tutup mulut."
" Polis berkata pihaknya sedang menyiasat DVD seks membabitkan timbalan presiden MCA itu mengikut seksyen 377(A) Kanun Keseksaan yang meliputi persetubuhan di luar tabie."


Kembali berantakkan lah semula komponen BN.
Tanda tanda akhir...

p/s Mac giliran Umno.
April giliran MIC.

p/s Gagah jugak Abang Chua ni ekk, bekas menteri kesihatan, ada awet/awek muda??

Satu lagi kematian dan Pilihanraya kecil!!!(kemaskini)~ref Malaysiakini

Deepest sympathy to the family of the late YB Datuk Dublin Unting .

Kematian beliau dilaporkan akibat koma selepas diserang angin ahmar (stroke) malam tadi.

Beliau ialah Assistant Minister Sarawak dan Adun N29 Batang Ai.

Beliau juga ialah Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak.

Satu pilihanraya kecil dijangka akan perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Satu lagi medan ujian dan tempur, barangkali untuk Pkr khususnya dan PR umumnya.

Ia juga satu acid test untuk melihat penerimaan awal pengaruh Anwar di sana.

___________tambahan dari Siasah.blogspot
Batang Ai terletak di Lubuk Antu, dekat dengan Sri Aman. Bandar terdekat adalah Sibu. Antara hotel terkenal di sini adalah Hilton Batang Ai Long House.Dalam pilihan raya lalu, Unting dari PRS telah menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Snap dengan majoriti 806 undi.Unting mendapat 3,295 manakala Bawin mendapat 2,489 undi dalam kawasan pilihan raya yang pengundi majoritinya adalah Iban ini.Bawin kemudiannya menyertai PKR dan kini adalah Timbalan Pengerusi PKR Sarawak.Pilihan raya kecil ini dijangka menjadi ujian pertama untuk PKR di Sarawak selepas menjadikan negeri itu sebagai sasarannya selepas pilihan raya umum Mac 2008 lalu.

Monday, February 23, 2009

Pas Kelantan berGolak dan berGelora, Ye Ke??~ref Malaysiakini

Satu yang paling hangat tentulah alkisah Ibrahim Ali yang lantang atau celupar menghentam.
Disambut cepat dek puak Umno, kononnya diminta diterima masuk balik ke Umno, Ibrahim ni.

Pandai pandailah kau orang Pas Kelantan.
Orang Kelantan mahir politik tak macam orang mana mana negeri yang lain.
Dari tahun 1990 Kelantan diperintah Pas melalui pelbagai cabaran, gangguan dan serangan puak Umno.
Namun rakyat Kelantan berjaya mengatasi semua itu dan terus setia dengan kerajaan Pas pimpinan Nik Aziz.
Itu jelas kepintaran politik rakyat Kelantan.

Cuma saya harapkan dalam ketenangan yang dikecapi semenjak selesai Pru12 ini, setelah aman dari ganguan Umno kerana mereka sibuk di tempat lain, gunakanlah sebaiknya.

Saya tiada nasihat khusus kerana orang Kelantan lebih bijak dalam hal politik.
Dalam kes Ibrahim Ali, keluarkan kenyataan rasmi yang tegas menyatakan ketidaksenangan Pas terhadap tindakan Ibrahim mutakhir ini.
Tetapi tidak perlu lah dipanjangkan isu ini sehingga menjadi kusut atau berbelit.
Ringkaskan dan selesaikan dengan cepat dan pantas.

Jika nak tengok hujah yang panas dan pedas, beranikan diri menjenguk AdukaTaruna.blogspot.

Perkara kedua ialah mengenai ura ura (perletakan jawatan dalam kerajaan negeri) salah seorang Adun di sana.
Sila rujuk msomelayu.blogspot untuk maklumat lanjut.
Pemahaman awal saya ialah sememangnya sikap pemimpin Pas begitu terbuka dalam kesanggupan meletak jawatan jika diperlukan.
Jadi beliau dengan senang hati ,menawarkan perletakkan jawatan jika perlu dan diminta.

Sekiranya ia dikaitkan dengan percaturan politik dikaitkan dengan Husam Musa, saya tidak bersetuju.
Husam Musa lebih sesuai untuk berada diperingkat pusat.
Kita akan melihat suatu peristiwa atau sejarah besar terukir di dalam Pru13 nanti.
Setelah itu saya yakin tempat buat Husam Musa ialah di peringkat Pusat.

PKR Idol, 18 Datang Uji Bakat di Bt Selambau~ref Malaysiakini

Kali ini PKR betul betul nak mendapatkan calon yang terbaik.
Calon yang akan diletakkan bertanding dikerusi Bt Selambau 7 April ini.

Dilaporkan 18 orang telah dihantar nama (dicadangkan) oleh parti untuk dipilih pucuk pimpinan.
Kesemua mereka telah ditemuduga oleh Pengerusi PKR Kedah dan 4 orang telah disenarai pendek dari jumlah tersebut.

4 nama calon akan dihantar ke PKR Pusat untuk keputusan akhir.

Ini perkembangan menarik.

Tahniah PKR.

PakLah suruh Umno rujuk Queen's Counsel, Najib Rujuk Queen's Control~ref Malaysiakini

Kes Perak jika dirujuk Majlis Peguam dah dari awal kata nak selesai, bubarkan Dun dengan terhormat.
Sejak ambil alih urusan Perak daripada Najib, PakLah suruh peguam Umno pergi rujuk kat peguam di UK (senior lawyers) iaitu Queen's Council.

Bila rujuk kat Che Det dia kata mari kita gelak je.

Agaknya Najib selama ni rujuk kat siapa??
Ros apa kita nak buat ni...??

Jawapan.
Queen Control.

Sunday, February 22, 2009

Apa kata Che Det!!Best Gila!!ref Malaysiakini

Aku copy je dari laman Che Det.
Kau orang boleh masuk laman Che Det sendiri.
Tapi aku tak kira, aku copy jugak.
Dan aku nak tolong jawab soalan Che Det tu.

1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya.
Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab?
Dan ini kerap berlaku.
Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis?
Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan.
Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry?

Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.

__________perunding tumpang menambah.

1. Lucu memang lucu.Dah lama kami tergelak berguling guling.kah kah kah.
Pelawak utamanya Najib bukan PakLah.
2.Itulah bukti hidup, Speaker memang power sungguh untuk menggantung sesiapa kah kah kah.

3.Polis tak leh tangkap Speaker. Suh polis tangkap Zambry lah.kah kah kah.
4. Pegawai tu tak keluarkan, panggil Unit Amal lah. kah kah kah.
5. Kongsi duduk lah.Tak tak Zambry duduk bawah kerusi. kah kah kah.
6.Jangan tenguk je. Gelak sekali hah hah hah.
___________________

Aku bukan gelak kat Che Det tau.
Ingat tak Che Det komen Wan Farid, aku terhutang budi kat Che Det.
Aku gelak kat Umno keseluruhannya.
Bila tokeh Umno (Che Det) dah bukak mulut, kau orang tengoklah semua puak meno berteriak nanti.
Dulu kisah Perak ni sedih buat aku, la ni dah semakin kelakar pulak.
Che Det, Najib tu aku lagi nyampah tau.
Che Det tu anti PakLah je.
Aku anti semua tau.

Apa agaknya respon Umno Ekk??ref Malaysiakini

Pakatan Rakyat melalui Speaker Perak akan mohon perkenan Sultan Perak mengadakan Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN), April ini bagi mengemukan usul undi tidak percaya terhadap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Bersidanglah Dun Perak nanti seperti dijadualkan pada April ni.
Jadi takde apa nak dikecohkan lagi lah.
Apa jawab Umno nanti ekk.
Dia kan ramai (Adun).
Undilah tak percaya ke , percaya ke.

Mic, Mca, Gerakan ada bagi statement tak pasai Perak ni ekk??
Tak perasan lak aku.

p/s Kerajaan Umno Zambry Perak rupanya takde Speaker ekk.
Rakyat perasan tak??
Lebih kurang radio takde speaker la kot.
Cakap suara tak keluar, orang tak leh nak dengar.

Cerdiknya Tok Guru bila kata tok se, tok se~ref Malaysiakini

Biarkan je lah si Ibrahim Ali tu.
Dah identiti dia gitu.
Pung pang, tak kira sapa.
Ada masa kita kena, ada masa musuh kita kena.

Sabar je lah Pas Kelantan. Geram memang geram.
Anggaplah macam gigit dek semut, segar jugak kita.
Dulu puak meno banyak kacau Kelantan, sekarang dah aman sebab mereka sibuk kat pantai barat ni.
Sementara aman ni perkuatkan betul betul solid Kelantan tu.
Kalau kena bom dek Yahudi pun , tak de kesan kat Pas Kelantan.Tetap utuh.
Anggaplah Ibrahim Ali tu merepek menghilangkan ngantuk bila memandu perjalanan jauh.

Saya pun tak tau apa Ibrahim Ali pung pang kan, tetapi rasanya satu tanah malaya bengang kat dia.
Apa dia cakap kita balas balik dengan hujah dan penerangan.
Keputusan mesyuarah biarpun SALAH, Allah akan angkat dari terkena bala.
Terima lah keputusan menerima Ibrahim Ali dahulu adalah keputusan mesyuarah pimpinan.
Ada yang kita sangka elok, rupanya tidak di sisi ilmu Allah,
ada yang kita sangka buruk, rupanya elok di sisi ilmu Allah.

Begitulah cerdik nya Tuan Guru kita.
Siapa yang boleh nampak, nampaklah.
Wallahuallam.
Ikhlas perunding.

p/s Tok Guru kata tok se bemaksud no komen bila ditanya pasal Ibrahim Ali.

Tulisan yang lebih santai dan ummph http://adukataruna.blogspot.com/.

Eli Letak jawatan,Ahmad Said SPRM PORNO tak letak jawatan ke???ref Malaysiakini

Eli sanggup meletak jawatan biarpun gambar itu diambil tanpa sedar.
Bukan jadi model untuk posting gambar bogel, sebab itu tak dipanggil gambar porno.

Tetapi menurut laporan ini dan ini, sini dan sini,
http://siyasahsyariyah.blogspot.com/.
http://notoumno.blogspot.com/.
http://nikhassanazmi./
http://greenboc.blogspot.com/.
Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child ponography) ke negara Australia .

Apa lagi tak tau malu ke??
Tak tau tanggungjawab ke??
Tak tau ke ayat demi menjaga maruah dan integriti badan kerajaan yang memantau amalan bersih Malaysia dari sebarang rasuah dan salah guna kuasa, saya dengan ini meletak jawatan.

Umno Minta Pandangan Queen's Counsel, Betul ke nak Terima?~ref Malaysiakini

Rujukan sepintas lalu dari Answers.com, Queen's Counsel membawa makna "A barrister appointed as counsel to the British crown".
Terjemahan "Peguam yang dilantik sebagai penasihat undang undang diRaja".

Lagi contoh "Queen's counsel (king's counsel).
These were barristers appointed in the late 16th century to assist the law officers of the crown in the conduct of legal affairs."
" Terdapat peguam peguam dilantik pada akhir abad ke 16 untuk membantu pegawai2 undang2 diRaja dalam mengendali urusan perundangan."

Cerita penuh Perak tussle: Umno seeks QC's opinion.
Umno is seeking the opinion of a Queen’s Counsel (QC) on the constitutional issues which have bedeviled Barisan Nasional’s takeover of the Perak state government from Pakatan Rakyat.

Nasihat lama perunding Umno Bn Desparado for Peguam Handalan!!~ref Malaysiakini .

Persoalan terbaru perunding.??
Betul ke puak ni (Umno) nak dengar dan pakai nasihat perundangan diraja Brittish.
Pulak karang kau orang jangan putar belit orang putih tu dah.

Sebenarnya kita boleh selesai melalui pilihanraya pun dah ok.
Tapi nampak gayanya kita masih nak merujuk kat 'Master' orang putih jugak.
Tapi takpe, kita selesai melalui semua chanel (jalan),

Moh kita pergi mahkamah Malaysia, Antarabangsa dan UK jugak.
Moh 2 pihak pergi, PR dan Umno.Sekali gus.
Peguam kita bagi hujah, peguam depa bagi hujah.

Apa macam ada berani?

_______________tambahan.

Umno is seeking the opinion of a Queen’s Counsel (QC) on the constitutional issues which have bedeviled Barisan Nasional’s takeover of the Perak state government from Pakatan Rakyat. MCPX A senior constitutional lawyer left Kuala Lumpur yesterday for London to engage the services of a QC on behalf of Umno to advise the party on a host of questions that is roiling debate in the country. BN seized power in the state earlier this month with the help of four defectors who upset the delicate balance of power. nizar jamaluddin dr zambry abdul kadir perakFollowing the defections, Perak's sultan ordered Pakatan to quit its leadership of the state assembly, and swore in a new leadership, but ousted mentri besar Mohd Nizar Jamaluddin insists he is still in power. Mohd Nizar has subsequently gone to court seeking an interpretation of the Perak constitution on whether the menteri besar’s post can be vacated when: (a) The menteri besar had advised the ruler on dissolution of the state legislative assembly; (b) There was no dissolution of the assembly; (c) There was no motion of confidence against the menteri besar in the state legislative assembly; (d) The menteri besar did not resign. Hearing for the court case kicked off on Wednesday and High Court judicial commissioner Mohamad Arif Md Yusof has set tomorrow for both sides to argue whether he should disqualify himself from the trial. Mohamad Arif had told the court that he had acted for PAS when he was a lawyer before his appointment as judicial commissioner. The court will also be considering whether the case should be referred to the Federal Court over question of law on the interpretation of Article 16(6) of the Perak Constitution. Article 16 (6) states that if "the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolve the legislative assembly he shall tender the resignation of executive council". In addition to the court case, Perak assembly speaker V Sivakumar's move to suspend new Menteri Besar Zambry Abdul Kadir and all his cabinet members, has caused an uproar, triggering a debate among constitutional lawyers over whether he acted within his powers. Three high-profile QCs Sources say the QC that will be engaged by Umno is likely to be someone who has already appeared in the courts here in a span going back almost three decades. It is believed that a QC who has appeared in cases in Singapore is also on the shortlist. Three high-profile QCs who have previously appeared in Malaysia and Singapore to argue on complex issues of law have been Michael Beloff, Anthony Lester and Geoffrey Robertson. Beloff appeared in the Federal Court for proponents of the Merdeka University in 1982. He was unsuccessful in the Merdeka University appeal. Lester was engaged by the Parti Bersatu Sabah (PBS) as counsel when the late Mustapha Datu Harun sued Sabah governor Adnan Roberts and Chief Minister Pairin Kitingan for restoration as chief minister in 1985. Mustapha lost the case. The judgment handed down was then viewed as having established the precedents that a ruler can appoint as chief minister a member of the legislative assembly who in his opinion commands the confidence of a majority in the House, and that once appointed, a chief minister is obliged to quit if he loses a no-confidence motion in the legislature. Robertson appeared for regional weekly magazine Far Eastern Economic Review in a matter arising from a report the journal carried on arrests in Singapore in 1987 when the government there cracked down on social activists – ‘Marxists in clerical collars’, was the pithy description of the late S Rajaratnam, then foreign minister of the island republic. Robertson, who memorably cross-examined then prime minister Lee Kuan Yew in the case, was like Beloff, unable to shift the court in his client’s favour.
Umno’s engagement of a QC indicates the complexity and gravity of the legal questions involved in the Perak political crisis.