Saturday, January 3, 2009

Mau tanya,kena Bambu.

Ketika saya menaiki bas dari rumah saya ke sekolah saya.
Saya tinggal di sebuah rumah flat murah atau nama lainnya council flat di New Kent Road,di sebelah South East kota London.
Sekolah saya bernama Sekolah Ekonomi London terletak di Houghton Street berdekatan Aldwych Station dan Holborn Station kira-kira 5 km dari rumah saya.
Saya lebih senang menaiki bas kerana memang kena dengan route dan tidak perlu bertukar bas.

Berbalik kepada cerita tadi,sebaik tiba di bus stop melepasi Waterloo Bridge,seorang lelaki menahan bas yang saya naiki itu.
Maka pemandu bas berhenti dan membuka pintu.
Lelaki itu melangkah anak tangga dan bertanyakan...
Encik pemandu bas,bus bernombor berapakah yang menuju ke tempat yang hendak saya pergi?
(saya tak ingat tempat dia nak tuju)
Dengan senang hati pemandu bas menjawab dan memberitahu nombor bas yang sepatutnya kepada lelaki tersebut.

Satu lagi cerita,
Ketika saya membantu menjaga gerai air di asrama PPP/ITM Seksyen 18 Shah Alam.
Di gerai air itu ada dijual air soya dan air tebu.
Datang seorang pelajar bertanya ,encik ada jual air kelapa tak?
Takde jawab tuan gerai.Sebaik saja pelajar berlalu pergi,tuan gerai menambah kata.
Bodoh punya budak,tak nampak ke air kelapa takde.

Gitu lah cerita.
Ada orang suka bertanya,ada orang malu bertanya,ada orang tanya untuk jawap yes je.

Kalau saya tanya,
Siapa sokong Umno?

No comments:

Post a Comment